Gururupa1ndonesia
Sejarah Permainan Catur Loadin11

Join the forum, it's quick and easy

Gururupa1ndonesia
Sejarah Permainan Catur Loadin11
Gururupa1ndonesia
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sejarah Permainan Catur

4 posters

Go down

Sejarah Permainan Catur Empty Sejarah Permainan Catur

Post by wolfware Thu Apr 25, 2013 12:33 pm


[You must be registered and logged in to see this image.]





Sejarah chess menjangkau kira-kira 1500 tahun. Permainan chess
sebenarnya berasal daripada India, sebelum abad ke-6 Masihi. Dari India,
permainan ini tersebar ke Parsi. Apabila orang-orang Arab menakluki
Parsi, chess telah diambil oleh dunia Islam dan kemudiannya merebak ke
Eropah Selatan. Di Eropah, chess berubah bentuk semasa dalam abad ke-15.
Pada separuh kedua abad ke-19, permainan kejohanan chess moden bermula,
dan Kejohanan Catur dunia pertama telah diadakan pada tahun 1886. Pada
abad ke-20, teori chess semakin mendapat sambutan dan mengalami
perkembangan serta penubuhan dari World Chess Federation (FIDE).
Perkembangan dalam abad ke-21 termasuk penggunaan komputer untuk
analisis, yang berasal pada tahun 1970-an dengan permainan catur 1
program di pasaran. Permainan dalam talian muncul pada pertengahan
1990-an.




Perkataan "catur ataupun chess" itu sendiri berasal dari perkataan
"Chaturanga" dari bahasa Sanskrit yang bermaksud Empat Bahagian
Ketenteraan.




Catur kemudian tersebar ke seluruh pelusuk dunia dengan pelbagai jenis permainan sehinggalah sampai kita kenal sekarang.




Permainan ini tersebar sehingga ke Timur Jauh dan India dan menjadi
salah satu pelajaran di Persia. dibawa bersama pedagang yang menggunakan
Jalan Sutra. Chaturanga masuk ke Eropa melalui Kerajaan Byzantine
Persia, dan menyebar ke Arab. Kemudian, Islam pula membawa chess ke
Afrika Utara, Sisilia, dan Spanyol pada abad ke-10.




Permainan ini kemudian menjadi popular di Eropah. Pada akhir abad ke-15,
permainan dilarang oleh pihak gereja. Pada generasi kini, terdapat
banyak buku rujukan mengenai strategi permainan, cara penggunaan jam
chess.



[You must be registered and logged in to see this image.]

(Gambar sebenar abad ke-12 Lewis chessmen. Baris atas menunjukkan king, queen, dan bishop. Baris bawah menunjukkan knight, rook, dan pawn)



India


Asal-usul chess mula dikenali dengan nama "Charuranga", yang berkembang
di India pada abad ke-6. Sejak awal lagi, permainan ini memerlukan 2
orang pemain. Mempunyai pergerakan permainan yang berbeza untuk setiap
buah chess, kemenangan bergantung pada King, menggunakan apa sahaja
strategi untuk mempertahankan King tersebut. Dalam chess kuno, papan
catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.




Pada awal abad 19, sebuah pendapat yang disampaikan oleh Kapten Hiram
Cox dan Duncan Forbes menyatakan bahawa, chess dimainkan 4 orang
sekaligus, termasuk empat pemain dalam Chaturanga.




Dalam terminologi Sanskrit, "Chaturanga" bermaksud "memiliki empat
bahagian" dan dalam puisi lagenda kepahlawanan bererti "Tentera" Nama
itu sendiri datangnya dari sebuah formasi pertempuran dalam lagenda Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah strategi permainan perang untuk tentera India saat itu.



[You must be registered and logged in to see this image.]

(Krishna & Radha bermain Chaturanga pada 8x8 Ashtāpada)



Ashtāpada, kotak 8x8 di sebuah papan merupakan tempat bermain
Chaturanga. Papan lain yang terkenal di India adalah Dasapada 10x10 dan
Saturankam 9x9.




Ilmuwan Arab Abu al-Hasan ‘Alī al-Mas’ūdī memberi penjelasan tentang
penggunaan catur sebagai sebuah alat strategi ketenteraan, matematik,
perjudian dan hubungan dengan ramalan nasib di India.




Mas'ūdī mencatatkan bahawa gading di India terutamanya digunakan untuk pengeluaran kepingan catur dan backgammon. Beliau menegaskan bahawa permainan telah diperkenalkan ke Parsi dari India, bersama buku Kelileh va Demneh, semasa pemerintahan maharaja Nushirwan.



[You must be registered and logged in to see this image.]

(Iranian Shatranj set, glazed fritware, 12th century. New York Metropolitan Museum of Art)



Kemudian terjadilah evolusi pada permainan Chaturanga yang dikenali dengan nama Shatranj
(Chatrang), yakni sebuah permainan dengan dua orang pemain yang
kekalahan disebabkan checkmate atau menemui jalan buntu dan kemenangan
ditentukan melalui memakan setiap buah chess (kecuali King) atau melalui
penaklukan terhadap raja lawan.




Beberapa buah chess India tersebut seperti Rook, Knight, Bishop telah
dinamakan semula dengan perkataan lain seperti Boat, Horse, Elephant
ataupun Elephant Horse dan Camel. Tetapi pergerakan masih sama.

Timur Tengah


Karnamak-i Ardeshir-i Papakan, sebuah risalah lagenda Pahlavi
mengenai pengasas Empayar Sassanid Persian memperkenalkan permainan
Chatrang sebagai salah satu cara agar rakyat mengenangnya sebagai
seorang pahlawan legenda. Catatan tertua tentang permainan ini dibuat
pada abad ke-10 yang dimainkan diantara seorang sejarawan Baghdad dan
muridnya.




Pada abad ke-11, Shahnameh dan Ferdowsi
datang pada seorang Raja India untuk menggambarkan kembali peperangan
di papan chess. Kisah ini diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris
berdasarkan manuskrip dari museum British.




"Suatu hari seorang duta besar Raja Hindu telah datang ke persidangan Persia di Chosroes, dan setelah beramah mesra, duta besar itu mempersembahkan sebuah papan catur yang diperbuat dari kayu eboni dan gading.




Lalu melontarkan tentangan: “Oh raja yang besar, temukanlah
orang-orang terpandai dan terbijak untuk memecahkan misteri permainan
ini. Jika mereka berjaya, kami Raja Hindu akan memberikannya gelaran.
Namun jika ia gagal hal itu membuktikan tingkat kepandaian penduduk
Persia lebih rendah dan kami akan meminta petunjuk dari Iran.”

Utusan itu kemudian menunjukkan papan catur yang ia bawa. Sehari kemudian, setelah berpikir keras, Bozorgmehr, berhasil memecahkan misteri itu dan kemudian mendapat gelaran seperti yang dijanjikan."




[You must be registered and logged in to see this image.]

(Manuskrip Parsi dari abad ke-14 menggambarkan bagaiman seorang duta
besar dari India yang membawa catur kepada mahkamah Parsi.)



Eropa


Charunga memasuki Eropah melalui Persia, seiring penyebaran pengaruh
Kerajaan Byzantine dan perluasan Arab. Chess sudah pun memasuki Eropah
Selatan sejak milenium pertama.




Pihak tentera akan memperkenalkan chess apabila berjaya menakluki setiap
kawasan jajahannya seperti penaklukan Norman Conquest of England dan
menjadikan chess semakin popular dari Eropah Utara.




Nilai sosial menjadi kelebihan permainan ini. Pada masa dulu, permainan
ini dikaitkan dengan kehormatan dan kebudayaan tinggi sehingga beberapa
papan chess diperbuat dari bahan istimewa dan mahal. Populariti chess
semakin bertambah di masyarakat Barat antara abad 12 sampai 15 M. Pada
masa itu buku chess biasanya ditulis dalam bahasa Latin.




Sewaktu perkembangan chess di Eropah, permainan ini dikaitkan dengan gaya hidup kesatria. Peter Alfonsi dalam bukunya Disciplina Clericalis, memasukkan chess ke dalam tujuh keahlian yang harus dimiliki oleh seorang kesatria.



[You must be registered and logged in to see this image.]

(Knights Templar bermain chess, Libro de los juegos, 1283)




Ia juga melambangkan kedudukan catur di khazanah seni diraja. Raja Henry I, Raja Henry II dan Raja Richard I dari Inggeris merupakan penaung catur pada masa itu. Raja-raja lain yang mendapat status yang sama adalah Raja Alfonso X Spanyol dan Raja Ivan IV dari Rusia.

Ketika gereja mengeluarkan larangan permainan chess terhadap masyarakat. Saint Peter Damian
mengumumkan permainan ini memberi kesan buruk bagi masyarakat. Bishop
Florence pula mempertahankan dirinya dengan mengisytiharkan bahawa
kemahiran catur yang terlibat "tidak seperti permainan lain," dan
hujah-hujah yang sama yang diikuti dalam abad yang akan datang.

Pada abad ke 12, buah catur mulai tetap, menjadi raja (king), ratu
(queen), gajah/patih (bishops), kuda (knights) dan benteng (rooks). Pawn
mulai dihubungkan dengan pasukan tentera.




[You must be registered and logged in to see this image.]

(Jadual perbezaan sebutan bagi setiap buah chess dari pelbagai bangsa)




Pada abad pertengahan, permainan ini berjalan lama, bahkan ada permainan
yang baru selesai setelah diadakan berhari-hari lamanya. Peraturan
tentang pembatasan waktu baru mulai diperkenalkan tahun 1300 AD.
Pergerakan pawn boleh melangkah dua kotak ke hadapan semasa permulaan
pergerakan juga diperkenalkan.

Pada tahun 1475 AD terjadi evolusi permainan chess mulai diperkenalkan
konsep promosi pawn yang boleh berubah menjadi Queen serta Castling.




[You must be registered and logged in to see this image.]

(Karya buku Gioacchino Greco)


Seorang pemain Itali, Gioacchino Greco,
yang dianggap sebagai salah satu pemain professional pertama. Beliau
membuat analisis dan menulis buku mengenai illustrasi strategi chess
yang berbeza. Karya ini membuat catur menjadi permainan popular serta
mulai menunjukkan banyak teori mengenai taktik dan strategi permainan
ini.

Karya pertama yang memuatkan pelbagai strategi dan kombinasi kemenangan ditulis oleh François-André Danican Philidor
dari Perancis yang dianggap sebagai pemain catur yang terbaik di dunia
selama hampir 50 tahun, dan diterbitkan dalam abad ke-18. Beliau menulis
dan menerbitkan L'Analisis des échecs (Analisis Catur), Buku
berpengaruh yang muncul dalam lebih daripada 100 edisi.




Era Moden

Pertandingan chess mula diperkenalkan pada tahun 1834 dan pad tahun
1851, London Chess Tournament mula memperkenalkan batas-batas waktu bagi
setiap pemain.

Ketika pertandingan, pemain sering mengambil masa yang lama untuk
menggerakkan buah. dan seorang pemain telah mengambil sebanyak 2 jam dan
20 minit berfikir untuk menggerakkan satu buah semasa London Chess
Tournament.

Pada tahun berikutnya chess pantas iaitu perlawanan chess dalam masa 5
minit telah diperkenalkan. Namun yang popular adalah pemain dibenarkan
untuk menggerakkan buah chess sebanyak 30 kali dalam masa 2 jam.
Terdapat seorang pemain yang gagal mengikut peraturan itu dikenakan
penalti.




[You must be registered and logged in to see this image.]




Pada tahun 1861 pertandingan chess dengan masa yang ditetapkan mula
dimainkan di Bristol, England. Alat yang digunakan adalah jam pasir.
Kemudian, jam pasir telah digantikan dengan jam moden pada awal abad
ke-19.




[You must be registered and logged in to see this image.]




Sumber
wolfware
wolfware
Maniak PES
Maniak PES

Join date : 28.10.11

Kembali Ke Atas Go down

Sejarah Permainan Catur Empty Re: Sejarah Permainan Catur

Post by wolfware Thu Apr 25, 2013 12:33 pm

reserve for more updates
wolfware
wolfware
Maniak PES
Maniak PES

Join date : 28.10.11

Kembali Ke Atas Go down

Sejarah Permainan Catur Empty Re: Sejarah Permainan Catur

Post by KepinFatli Thu Apr 25, 2013 1:07 pm

nice share Sejarah Permainan Catur 3843
KepinFatli
KepinFatli
Patcher Indonesia
Patcher Indonesia

Join date : 18.03.12
Age : 32
Location : Pekanbaru
Tim Favorit : Timnas Indonesia

http://fatlicious.zz.mu

Kembali Ke Atas Go down

Sejarah Permainan Catur Empty Re: Sejarah Permainan Catur

Post by wolfware Thu Apr 25, 2013 1:25 pm

KepinFatli wrote:nice share [You must be registered and logged in to see this image.]
sip gan [You must be registered and logged in to see this image.]
wolfware
wolfware
Maniak PES
Maniak PES

Join date : 28.10.11

Kembali Ke Atas Go down

Sejarah Permainan Catur Empty Re: Sejarah Permainan Catur

Post by Didin Kha Sat Apr 27, 2013 9:47 pm

Waaaah... Sejarah Permainan Catur 430253
Nais Inpoh Kang,,
Didin Kha
Didin Kha
Patcher Indonesia
Patcher Indonesia

Join date : 18.08.11
Age : 27
Location : Maluku Utara
Tim Favorit : Manchester United

Kembali Ke Atas Go down

Sejarah Permainan Catur Empty Re: Sejarah Permainan Catur

Post by wolfware Sat Apr 27, 2013 10:15 pm

Didin Kha wrote:Waaaah... [You must be registered and logged in to see this image.]
Nais Inpoh Kang,,
tunggun updet2 an selanjutnya kang [You must be registered and logged in to see this image.] Very Happy
wolfware
wolfware
Maniak PES
Maniak PES

Join date : 28.10.11

Kembali Ke Atas Go down

Sejarah Permainan Catur Empty Re: Sejarah Permainan Catur

Post by yEonhee'925 Mon May 27, 2013 8:30 pm

nice share Sejarah Permainan Catur 985554
yEonhee'925
yEonhee'925
Patcher Indonesia
Patcher Indonesia

Join date : 04.03.13
Age : 78

Kembali Ke Atas Go down

Sejarah Permainan Catur Empty Re: Sejarah Permainan Catur

Post by wolfware Tue Aug 27, 2013 6:46 pm

yEonhee'925 wrote:nice share Sejarah Permainan Catur 985554
makasih gan Sejarah Permainan Catur 985554
wolfware
wolfware
Maniak PES
Maniak PES

Join date : 28.10.11

Kembali Ke Atas Go down

Sejarah Permainan Catur Empty Re: Sejarah Permainan Catur

Post by Sponsored content


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik